SEJARAH SEKOLAH
| [img:blok-b.JPG] | [img:astaka.JPG] | . Sekolah Kebangsaan Pelangai telah ditubuhkan pada tahun 1901. Adalah dipercayai bahawa bangunan sekolah ini adalah antara bentuk bangunan tinggalan penjajah yang kuat dan kukuh binaannya. Namun begitu sekolah kami telah mendapat bangunan baru dan bangunan yang lama ini tidak digunakan lagi. Namun begitu satu usaha untuk membangunnya semula sedang giat diusahakan.
|
|
| | |
|
| Menjelang tahun 1962, sekolah ini semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah menjadi tiga buah bangunan dengan jumlah sembilan buah bilik darjah dan menampung kira-kira 220 orang murid.
Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.
Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.
|
Catatan : anda boleh menghantar sebarang maklumat, mesej, pertanyaan atau cadangan membina, melalui nombor telefon sekolah di atas. semua mesej anda akan dibalas dengan kadar segera. T.Kasih.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat:
|